Selangor FC terima padah kesilapan sendiri

Selangor FC terima padah kesilapan sendiri

Pemain Selangor, Chrigor Moraes membuat percubaan ke gawang gol Bangkok United pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2), di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC (SFC) perlu menyalahkan ‘diri sendiri’ susulan kegagalan meraih sebarang mata apabila tewas 2-4 di tangan Bangkok United pada aksi pertama Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin.

Perkara itu diakui pengendali Gergasi Merah, Katsuhito Kinoshi yang berkata, kesilapan-kesilapan mudah yang dilakukan anak buahnya telah menghukum pasukan itu kerana membenarkan kelab Thailand tersebut bermain dengan selesa.

Jelasnya, kekalahan itu memberi pengajaran berguna buat pasukannya dan bersedia untuk mencari ramuan terbaik bagi memastikan perkara sama tidak berulang pada perlawanan akan datang.

“Ini perlawanan yang cukup sukar tetapi sebenarnya kami sendiri membuatkan ia menjadi lebih sukar hasil daripada kesilapan-kesilapan mudah. Kesilapan-kesilapan itu akhirnya ‘membunuh’ diri sendiri.

“Oleh itu, kami perlu fokus pada kesilapan taktikal. Saya boleh menerima jika ada kesilapan teknikal tetapi sekiranya ia berkait dengan taktikal, kami perlu bangkit” kata pengendali dari Jepun itu.

Pada perlawanan itu, Bangkok United memperolehi dua gol menerusi jaringan Ilias Alhaft serta masing-masing satu gol diledak Muhsen Al-Ghassani dan Philipe Maia.

Sementara gol Selangor dijaringkan Chrigor Moraes dan Aliff Izwan Yuslan, malah terpaksa bermain sebahagian perlawanan dengan 10 pemain susulan pertahanannya, Harith Haiqal Adam Afkar dilayangkan kad merah pada minit ke-39.

Kinoshi turut menyifatkan Bangkok United dapat bermain dengan cukup yakin dan selesa sehingga dapat mengesan kelemahan yang ada dalam Selangor serta memanfaatkannya.

“Bangkok United adalah pasukan yang baik tetapi kami juga menjadi penyebab mereka menjadi semakin kuat. Mereka memiliki teknik yang bagus selain pandai mencari kelemahan pasukan kami,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN