SEOUL: Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Korea Selatan tahun ini berpotensi menjadi pentas pertemuan Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara, menurut seorang pegawai Kementerian Luar Korea Selatan. Hubungan Pyongyang–Washington kekal dingin sejak sidang kemuncak berprofil tinggi antara pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, dan Presiden Donald Trump pada 2019 gagal mencapai kata sepakat mengenai pelepasan sekatan dan konsesi nuklear. Sejak itu, Korea Utara berulang kali mengisytiharkan negaranya sebagai sebuah…