Trump gesa Microsoft pecat pegawai tertinggi era Biden

Trump gesa Microsoft pecat pegawai tertinggi era Biden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TWASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa syarikat gergasi teknologi, Microsoft supaya memecat Ketua Hal Ehwal Globalnya, Lisa Monaco yang sebelum ini pernah berkhidmat dalam pentadbiran Demokrat.

Dalam kenyataan di platform Truth Social, Trump berkata, beliau berpendapat Microsoft perlu segera menamatkan perkhidmatan Monaco yang dianggap berbahaya kepada keselamatan negara.

“Monaco telah dilantik ke jawatan kanan dengan akses kepada maklumat sangat sensitif. Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Timbalan Peguam Negara dalam pentadbiran Joe Biden ketika kes jenayah difailkan terhadap saya,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Trump mendakwa kerajaan AS sebelum ini menarik balik semua kelulusan keselamatan Monaco, melucutkan akses beliau terhadap maklumat risikan serta mengharamkannya daripada memasuki semua bangunan persekutuan.

“Monaco adalah ancaman kepada keselamatan negara AS, terutama mengambil kira kontrak besar Microsoft dengan kerajaan persekutuan,” tambahnya.

Sejak kembali memegang jawatan Presiden pada Januari lalu, Trump dilihat mengambil beberapa langkah keras terhadap pihak lawan politiknya.

Bekas Pengarah FBI, James Comey, yang lantang mengkritik beliau, baru-baru ini telah didakwa atas dua tuduhan jenayah.

Trump sebelum ini juga pernah berdepan beberapa siasatan selepas meninggalkan Rumah Putih pada 2021, termasuk serbuan FBI di kediamannya di Mar-a-Lago serta pertuduhan merancang menggulingkan keputusan pilihan raya 2020.

Namun, semua kes tersebut digugurkan selepas beliau kembali memenangi pilihan raya presiden pada November 2024. –AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×