NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi jaminan kepada pemimpin Arab dan Islam beliau tidak akan membenarkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, meneruskan rancangan untuk mengilhak Tebing Barat yang diduduki. Menurut laporan portal Politico yang memetik enam sumber rapat, Trump menegaskan pendiriannya dalam pertemuan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa. Dua daripada sumber itu menyatakan Trump tegas dalam menolak rancangan tersebut, manakala yang lain mendakwa…