STOCKHOLM: Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson, mendakwa Russia berkemungkinan besar menjadi dalang di sebalik penerbangan dron di beberapa lapangan terbang negara Scandinavia menjelang Sidang Kemuncak Kesatuan Eropah (EU) di Copenhagen, pada minggu ini. Sejak 22 September lalu, beberapa lapangan terbang di Norway dan Denmark terpaksa ditutup ekoran laporan kemunculan dron di ruang udara. Bercakap kepada stesen penyiaran TV4, Kristersson berkata, besar kemungkinan kejadian itu adalah mesej politik Russia kepada negara-negara…