Setahun selepas pembunuhan Nasrallah, Hezbollah enggan lucut senjata - Utusan Malaysia

Setahun selepas pembunuhan Nasrallah, Hezbollah enggan lucut senjata

HASSAN NASRALLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Genap setahun selepas pembunuhan bekas pemimpin utamanya, Hassan Nasrallah oleh Israel, kumpulan Hezbollah menegaskan mereka tidak akan melucutkan senjata, meskipun menghadapi tekanan kuat daripada kerajaan Lubnan dan komuniti antarabangsa.

Dalam satu perhimpunan besar-besaran memperingati ulang tahun kematian Nasrallah di Beirut pada Sabtu, pemimpin semasa Hezbollah, Sheikh Naim Qassem, berkata kumpulannya akan kekal sebagai kuasa ketenteraan dan tidak akan tunduk kepada sebarang tuntutan perlucutan senjata.

“Kami tidak akan menyerahkan senjata kami, dan kami tidak akan meninggalkannya.

“Menyerahkan senjata adalah impian musuh, dalaman dan luaran tetapi ia akan kekal sebagai mimpi,” kata Qassem.

Nasrallahy ang mengetuai Hezbollah selama lebih tiga dekad, terbunuh dalam serangan udara Israel pada 27 September 2024 di selatan Beirut.

Beberapa minggu selepas itu, pemimpin kanan Hashem Safieddine turut maut dalam serangan berasingan.

Walaupun gencatan senjata dicapai pada November 2024, Israel masih menjalankan serangan udara berkala di Lubnan dan mengekalkan kehadiran tenteranya di lima kawasan sempadan yang strategik.

Acara peringatan itu turut disertai oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Iran, Ali Larijani satu petunjuk jelas bahawa Teheran masih teguh menyokong Hezbollah dari segi politik dan ketenteraan.

Dalam suasana politik yang semakin tegang, kerajaan Lubnan kini menyokong pelan perlucutan senjata Hezbollah, yang sebelum ini dibenarkan memegang senjata kerana peranannya menentang pendudukan Israel di selatan Lubnan selepas perang saudara.

Namun cadangan itu ditolak mentah-mentah oleh penyokong Hezbollah.

“Menyerahkan senjata adalah mimpi musuh, tapi kami tidak akan biarkan ia jadi kenyataan,” kata Ali Jaafar, seorang pelajar berusia 21 tahun.

Meskipun Perdana Menteri Nawaf Salam telah melarang sebarang simbol ketenteraan dipaparkan di tempat awam, gambar-gambar Nasrallah dan Safieddine tetap dipancarkan ke batu-batu ikonik di pesisir Beirut, mencabar arahan rasmi.

Sementara itu, Presiden Joseph Aoun dalam kenyataannya menyeru agar ulang tahun ini dijadikan titik perpaduan nasional

“Kita perlukan satu negara, satu tentera, dan institusi yang melindungi kedaulatan negara kita,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×