ARIZONA: Erika Kirk mengejutkan ribuan hadirin apabila secara terbuka memaafkan individu yang didakwa menembak mati suaminya, aktivis konservatif terkenal Amerika Syarikat (AS), Charlie Kirk dalam satu majlis memperingati mendiang di sini, pada Ahad. “Saya maafkan dia,” kata Erika dengan tenang, disambut tepukan gemuruh para hadirin yang berdiri menghormati keberaniannya. Dalam ucapannya, Erika menegaskan kebencian tidak sepatutnya dibalas dengan kebencian, sebaliknya dia memilih untuk menzahirkan pengampunan, sesuatu yang menurutnya selari dengan…