NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi amaran keras kepada Russia yang Washington bersedia mengenakan tindakan ekonomi tegas jika Moscow enggan menamatkan perang di Ukraine. Dalam ucapan lantang dan kontroversi selama hampir sejam di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), Trump turut menolak usaha antarabangsa untuk mengiktiraf negara Palestin, sambil menyerang dasar migrasi dan perubahan iklim global. Ucapan yang mencerminkan pendirian Trump itu disifatkan sebagai satu serangan balas…