MOSCOW: Russia menafikan dakwaan pesawat tenteranya menceroboh ruang udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan memberi amaran tuduhan sedemikian hanya akan meningkatkan ketegangan serantau. Estonia sebelum ini mendakwa tiga jet pejuang MiG-31 milik Russia memasuki ruang udaranya selama 12 minit pada Jumaat lalu sebelum diiring keluar oleh pesawat NATO. Menurut Tallinn, pesawat berkenaan terbang di atas Teluk Finland dengan sistem transponder dimatikan serta enggan berhubung dengan kawalan trafik udara negara…