Russia dakwa pencerobohan dron di Romania provokasi Kyiv

Russia dakwa pencerobohan dron di Romania provokasi Kyiv

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUCHAREST: Kedutaan Russia di Romania berkata, pencerobohan sebuah dron ke ruang udara negara itu merupakan satu provokasi oleh Ukraine.

Kenyataan itu dibuat Duta Besar Russia ke Romania, Vladimir Lipayev selepas kedutaan Moscow dipanggil oleh kementerian luar Romania berhubung insiden berkenaan.

Lipayev berkata, tuduhan Romania yang mendakwa Russia bertanggungjawab ke atas pencerobohan itu adalah ‘tidak berasas’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Segala fakta membawa kepada kepercayaan bahawa ia adalah satu provokasi yang disengajakan oleh rejim Kyiv.

“Bucharest juga gagal untuk memberi jawapan yang konkrit dan meyakinkan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan oleh Russia,” katanya dalam kenyataan kedutaan.

Sejak Moscow menghantar tenteranya ke Ukraine pada Februari 2022, Romania beberapa kali menjumpai serpihan dron yang terhempas di wilayahnya, terutama apabila Russia meningkatkan serangan terhadap pelabuhan Kyiv.

Romania melaporkan pada lewat Sabtu ruang udaranya diceroboh sebuah dron Russia.

Menurut kementerian pertahanan, pihaknya mengerahkan dua jet pejuang F-16 yang mengesan sebuah dron di ruang udara negara dan mengekorinya sehingga hilang daripada radar.

Dron itu tidak terbang di kawasan berpenduduk dan tidak menimbulkan ancaman segera kepada keselamatan orang ramai, tambah kementerian tersebut.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×