KYIV: Russia melancarkan serangan udara terbesar sejak perang Ukraine bermula dengan menghujani negara itu menggunakan lebih 800 dron, empat peluru berpandu balistik dan sembilan peluru berpandu kruis pada awal pagi semalam. Serangan berterusan hampir 11 jam itu menyaksikan beberapa bangunan kerajaan di Kyiv buat pertama kali menjadi sasaran, manakala sebuah apartmen musnah menyebabkan seorang bayi dan ibunya terbunuh. Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, sekurang-kurangnya empat orang maut dan 44 lagi…