DOHA: Ketegangan diplomatik meningkat apabila kerajaan Qatar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sudah memberi amaran awal kepada Doha sebelum Israel melancarkan serangan udara terhadap delegasi Hamas di ibu negara itu minggu ini. Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Dr Majed Al-Ansari, dalam satu kenyataan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai ‘tidak benar sama sekali’, dan mendedahkan sebarang komunikasi daripada Washington hanya diterima selepas letupan berlaku di kawasan kediaman yang menjadi sasaran…