PM Sementara Thailand berdepan aduan hina institusi diraja - Utusan Malaysia

PM Sementara Thailand berdepan aduan hina institusi diraja

Phumtham Wechayachai
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Perdana Menteri sementara Thailand, Phumtham Wechayachai, kini berdepan aduan lese majeste berikutan tindakannya memohon perkenan Raja untuk membubarkan Dewan Perwakilan.

Aduan tersebut difailkan pada Rabu oleh Ahli Parlimen Senarai Parti New Democracy, Suratin Pichan, bersama seorang aktivis politik, Thaikorn Polsuwan, di Biro Siasatan Pusat, Bangkok. Dalam masa yang sama, Parti Bhumjaithai turut menyerahkan aduan berasingan, menuduh Phumtham melakukan salah laku sewaktu memegang jawatan.

Thaikorn mendakwa sebagai Perdana Menteri sementara, Phumtham tidak mempunyai kuasa untuk memohon pembubaran Dewan, dan tindakannya itu boleh disifatkan sebagai menyalahgunakan institusi diraja untuk tujuan politik.

“Tindakan ini sebagai satu cubaan memperalatkan institusi tertinggi negara,” katanya.

Namun begitu, penyokong Parti Pheu Thai tampil mempertahankan Phumtham, dengan menolak dakwaan tersebut sebagai tidak berasas.

Kes ini berlaku dalam suasana politik yang semakin tegang di Thailand, menyusuli keputusan Mahkamah Perlembagaan minggu lalu yang menyingkirkan Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra, sekali gus mencetuskan kebuntuan dalam pentadbiran negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN