DUBAI: Gergasi teknologi global Microsoft mengumumkan trafik rangkaian bagi platform pengkomputeran awannya, Azure, mengalami kelewatan di beberapa bahagian Asia Barat berikutan kerosakan kabel gentian dasar laut di Laut Merah. Microsoft tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai punca kerosakan pada kabel dasar laut itu tetapi memaklumkan gangguan berlaku sejak Sabtu. “Trafik rangkaian yang tidak melalui Asia Barat tidak terjejas,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan. Organisasi pemantauan akses internet, NetBlocks memaklumkan, beberapa…