RIYADH: Kementerian Kebudayaan Arab Saudi mengumumkan penemuan seni bina penempatan tertua di Semenanjung Arab, yang dipercayai wujud sejak zaman Neolitik kira-kira 10,300 hingga 11,000 tahun lalu, berhampiran Tabuk. Ketua Pengarah Bahagian Antikuiti Suruhanjaya Warisan, Dr. Ajab Al-Otaibi menyifatkan penemuan itu sebagai antara penempatan manusia tertua di dunia. Kerja-kerja penggalian arkeologi di tapak Masiyon, barat laut Tabuk dijalankan oleh Suruhanjaya Warisan dengan kerjasama Universiti Kanazawa, Jepun, serta projek Neom. Walaupun kawasan…