KATHMANDU: Kerajaan Nepal secara rasmi menamatkan larangan terhadap media sosial pada Selasa, sehari selepas 19 orang terbunuh dalam protes besar-besaran oleh golongan belia yang menuntut kebebasan digital dan tindakan tegas terhadap rasuah dalam kerajaan. Semua aplikasi media sosial utama kembali berfungsi, menurut laporan wartawan AFP di ibu negara Kathmandu, setelah kerajaan mengumumkan siasatan terhadap insiden keganasan yang menyaksikan tindakan keras polis paling berdarah dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Menteri Komunikasi,…