Menteri Kewangan Indonesia digugurkan dalam rombakan Kabinet - Utusan Malaysia

Menteri Kewangan Indonesia digugurkan dalam rombakan Kabinet

SRI MULYANI INDRAWATI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan Indonesia menggugurkan Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati dalam satu rombakan Kabinet pada Isnin, menurut Menteri Sekretariat Negara, Prasetyo Hadi.

Beliau tidak menyatakan siapa yang akan menggantikan Sri Mulyani.

Sri Mulyani merupakan antara Menteri Kewangan paling lama berkhidmat di Indonesia dan sudah berkhidmat di bawah tiga orang presiden.

Beliau menerima pujian kerana kejayaannya merombak sistem percukaian serta peranannya mengemudi ekonomi terbesar Asia Tenggara itu melalui pelbagai krisis, termasuk pandemik dan krisis kewangan global.

Di antara dua tempoh perkhidmatannya sebagai Menteri Kewangan, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan di Bank Dunia.

Indeks utama pasaran saham menghapuskan keuntungan awal dan susut satu peratus setakat jam.

Nilai mata wang rupiah pula hampir tidak berubah selepas pengumuman itu, walaupun sebelum itu ia mencatat kenaikan sekitar 0.7 peratus berbanding dolar AS pada hari yang sama.

Pengumuman ini dibuat selepas dua minggu protes dan ketegangan di seluruh negara, yang antaranya menuntut sistem percukaian yang lebih adil.

Dalam beberapa siri protes pada akhir Ogos, rumah Sri Mulyani turut dipecah masuk oleh perusuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN