WASHINGTON: Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) sekali lagi memihak kepada Presiden, Donald Trump apabila membenarkan beliau membekukan dana bantuan luar bernilai AS$4 bilion (RM16.88 bilion) daripada disalurkan kepada negara yang memerlukan. Keputusan pada Jumaat membatalkan arahan mahkamah rendah sebelum ini, sekali gus menjadi kemenangan terbaharu buat pentadbiran Trump dalam usahanya menyusun semula pemberian dana bantuan kemanusiaan dan program antarabangsa oleh Washington. Dana tersebut sebelum ini diluluskan oleh Kongres, termasuk untuk…