SPRM mulakan siasatan babitkan FAM, tujuh pemain kebangsaan

SPRM mulakan siasatan babitkan FAM, tujuh pemain kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung dakwaan pemalsuan dokumen membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama tujuh pemain kebangsaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata beliau sudah mengarahkan pasukan siasatan untuk mengadakan pertemuan dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam masa terdekat.

“Saya akan menghantar pegawai saya secepat mungkin daripada bahagian siasatan yang diketuai oleh pengarah dan bahagian siasatan Datuk Zainul Darus untuk berjumpa ataupun berkomunikasi dengan pihak FIFA untuk mengetahui apa sebenar yang berlaku.

“Sekiranya kami mendapati ada berlakunya sebarang kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa kami, SPRM akan menjalankan siasatan,” katanya di sini hari ini.

Azam berkata, siasatan boleh dilakukan meskipun tiada laporan rasmi berhubung isu itu.

“Oleh kerana perkara ini timbul dalam media dan saya lihat ini satu perkara yang melibatkan kepentingan awam. Kami (SPRM) tidak menunggu sebarang aduan rasmi dibuat dan kita boleh mengambil tindakan kerana masyarakat sudah mengetahui tentang perkara ini,” jelasnya.

Terdahulu, FIFA dalam kenyataannya memaklumkan FAM bersama tujuh pemain kebangsaan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

FAM didakwa menyerahkan dokumen yang dipalsukan dalam urusan pengesahan kelayakan pemain bagi membolehkan mereka diturunkan dalam perlawanan rasmi.

Tujuh pemain terbabit ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui serta Hector Alejandro Hevel Serrano.

Hasil siasatan, Jawatankuasa Tatatertib FIFA memutuskan FAM perlu membayar denda sebanyak RM1.8 juta (CHF350,000)

Setiap pemain pula dikenakan denda RM 10,560 (CHF2,000) dan digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan, berkuat kuasa serta-merta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN