WASHINGTON: Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) bakal mengadakan perbicaraan segera pada bulan November ini bagi menentukan sama ada Presiden Donald Trump mempunyai kuasa untuk mengenakan tarif besar-besaran terhadap barangan import tanpa kelulusan Kongres. Langkah pantas ini dianggap luar biasa, memandangkan Mahkamah Agung lazimnya mengambil masa berbulan-bulan untuk menetapkan pendengaran. Tarif tersebut yang dikenakan hampir terhadap semua negara mencetuskan krisis dalam kalangan perniagaan kecil dan negeri-negeri yang membawa kes ini ke…