GAZA: Di tengah gelora deras Laut Mediterranean, lebih 50 bot kecil sarat dengan sukarelawan dari lebih 44 negara terus belayar penuh harapan, berjuang melawan keletihan dan kebimbangan demi satu misi besar membawa mesej solidariti kepada rakyat Gaza yang kian hilang dari peta dunia. Wartawan Colombia, Mauricio Morales yang membuat liputan perjalanan itu untuk Al Jazeera sempat mencatatkan rutin harian dan pelbagai cabaran yang dihadapi kira-kira 24 sukarelawan di atas kapal.…