‘Tengkuk Zara Qairina keluar darah’

‘Tengkuk Zara Qairina keluar darah’

ZARA QAIRINA MAHATHIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: ‘Tengkuk dia ada keluar darah. Kaki dia juga ada keluar darah sikit.’

Itu keadaan pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir ketika ditemukan terlentang di longkang dalam keadaan tidak sedarkan diri pada awal pagi, 16 Julai lalu.

Pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Linah Mansoding @ Jahila berkata demikian ketika ditanya oleh peguam, Shahlan Jufri yang mewakili Noraidah Amat, ibu kepada Zara Qairina.

“Masa saya meronda di Blok Rabiatul Adawiyah, tiada apa-apa perkara berlaku. Kemudian saya meronda ke blok sebelah, Blok Sumayyah. Ketika di Blok Sumayyah, seorang pelajar beritahu ada pelajar pengsan di Blok Rabiatul Aawiyah.

“Bila saya pergi ke Blok Rabiatul Adawiyah, saya tengok terlentang sudah. Saya mahu pegang tetapi saya takut sebab dia tidak sadarkan diri tetapi masih bernafas,” kata wanita itu.

Saksi masih memberikan keterangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN