Disangka sudah meninggal dunia, remaja mati otak batuk ketika dikebumikan

Disangka sudah meninggal dunia, remaja mati otak batuk ketika dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang remaja India yang disahkan mati otak oleh doktor mengejutkan ramai apabila tiba-tiba bergerak dan batuk ketika upacara pengebumiannya.

Bhau Lachke, 19, dari Trimbakeshwar Taluka di Maharashtra, mengalami kecederaan parah akibat kemalangan jalan raya awal bulan lalu sebelum dihantar ke sebuah hospital swasta untuk rawatan.

Namun keluarganya dimaklumkan dia berada dalam keadaan mati otak dengan hampir tiada harapan untuk hidup menyebabkan keluarganya membuat persiapan pengebumian. 

Namun, ketika upacara bermula, tubuh Lachke tiba-tiba menunjukkan tanda-tanda pergerakan kecil, kemudian disusuli dengan beberapa kali batuk.

Ahli keluarga yang terkejut segera menghantar Lachke semula ke hospital untuk rawatan lanjut dan dia kini bergantung pada ventilator untuk bantuan pernafasan.

Kejadian itu mendapat perhatian meluas dan menimbulkan kemarahan keluarga, yang menuduh hospital tersalah diagnosis sehingga menyebabkan mereka trauma.

Bagaimanapun, pihak pengurusan hospital menafikan mengisytiharkan kematiannya sebaliknya menegaskan berlaku salah faham mengenai istilah perubatan. 

Kes itu masih dalam siasatan dan belum jelas sama ada keluarga berkenaan berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital berkenaan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×