BAVARIA: Penduduk sebuah blok pangsapuri di Bavaria, selatan Jerman yang membuat aduan kepada polis selepas diganggu bunyi loceng pintu yang berterusan lewat malam, terkejut apabila mendapati ‘pelakunya’ bukanlah remaja nakal seperti yang disangka, tetapi seekor siput. Siput itu merayap naik dan turun pada plat loceng pintu, mencetuskan kekecohan di bangunan berkenaan dan mengejutkan penduduk dari tidur mereka pada tengah malam akibat bunyi loceng yang tidak henti-henti. Pada mulanya, mereka menyangka…