BAITULMUQADDIS: Israel pertimbang meluaskan pelaksanaan undang-undangnya terhadap penempatan Yahudi di Tebing Barat dan bercadang mengenakan sekatan terhadap pemimpin-pemimpin Pihak Berkuasa Palestin (PA), termasuk mengehadkan kebebasan pergerakan serta barangan yang boleh mereka peroleh dari luar negara. Tindakan itu dibuat sebagai respons terhadap gelombang pengiktirafan negara Palestin oleh beberapa negara Barat. Menteri Luar Israel, Gideon Sa’ar, dalam wawancara bersama akhbar Corriere Della Sera Itali mendakwa pihaknya tidak bercadang untuk membincangkan rampasan wilayah…