BANGKOK: Angka korban akibat banjir yang dicetuskan oleh hujan monsun lebat di Thailand meningkat kepada tujuh orang, menurut pihak berkuasa pada Sabtu, ketika operasi bantuan masih diteruskan. Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana dalam satu kenyataan berkata, lebih 260,000 penduduk di beberapa wilayah sepanjang Sungai Chao Phraya terjejas minggu ini. Agensi bencana negara itu sebelum ini melaporkan empat kematian di kawasan tengah Thailand pada Selasa, namun jumlah itu kini disemak, naik…