LONDON: Fenomena Northern Lights atau Aurora menceriakan langit United Kingdom (UK) buat pertama kali musim luruh ini. Warna terang aurora kelihatan dari Scotland utara, utara Wales hingga ke Norfolk dan Kent, susulan ribut solar kuat. Pakar ramalan cuaca angkasa mengesan letupan di permukaan matahari dikenali sebagai lontaran jisim korona pada petang Isnin menerusi satelit yang kemudian mencetuskan amaran kemungkinan aurora. Tenaga solar yang meningkat itu memasuki atmosfera Bumi lalu berinteraksi…