AS kesan warga asing perlekeh kematian Charlie Kirk

AS kesan warga asing perlekeh kematian Charlie Kirk

ORANG ramai menghadiri upacara memperingati aktivis dan pempengaruh Charlie Kirk di tugu peringatan sementara di Taman Pusat Bandar Orem, Utah, kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengugut untuk mengambil tindakan terhadap warga asing yang dianggap memuji, membenarkan atau memperlekehkan kematian aktivis konservatif, Charlie Kirk.

Timbalan Setiausaha Negara, Christopher Landau berkata, arahan diberikan kepada pegawai konsular untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana individu yang membuat kenyataan sedemikian di media sosial.

“Warga asing yang mengagungkan keganasan dan kebencian tidak dialu-alukan di negara kami,” katanya dalam hantaran di platform di X, kelmarin.

Landau turut mengajak pengguna X untuk memaklumkan kepadanya mengenai kes-kes sebegitu melalui ruangan komen pada hantaran beliau, yang dakwanya akan dipantau oleh pegawai konsular.

Langkah itu diambil ketika pentadbiran Presiden Donald Trump kali kedua memperketatkan kawalan terhadap kebebasan bersuara dan pandangan berbeza, khususnya berkaitan protes kampus yang tercetus akibat perang Israel di Gaza.

Kirk, sekutu rapat Trump dan seorang provokator sayap kanan, ditembak mati ketika berucap dalam acara di Universiti Utah Valley di Orem, Utah, Rabu lalu.

Kematian beliau mengejutkan negara dan mencetuskan kemarahan merentasi spektrum politik.

“Pentadbiran ini tidak percaya AS perlu memberi visa kepada individu yang kehadirannya tidak selari dengan kepentingan keselamatan negara,” kata seorang jurucakap Jabatan Negara.

Tindakan itu dilihat kesinambungan pendekatan keras pentadbiran Trump terhadap warga asing.

Sebelum ini, pihak Imigresen dan Kastam (ICE), yang biasanya menyasarkan penyeludup dadah dan pemerdagangan manusia, diarahkan menjejaki pelajar asing yang menyatakan simpati kepada Palestin atau mengkritik Israel di media sosial, selain peserta demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti

Ketika ini, penyiasatan turut diperluaskan kepada pandangan yang dianggap anti-Amerika dalam talian.

Diplomat AS turut diarahkan menilai permohonan visa dengan meneliti tanda-tanda permusuhan terhadap rakyat, budaya atau prinsip asas penubuhan AS dalam jejak digital pemohon.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN