BAUTZEN: Seorang artis trapeze warga Sepanyol maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira lima meter ketika membuat persembahan di Circus Paul Busch di Bautzen, timur Jerman. Mangsa dikenali sebagai Marina B, rebah ke lantai ketika sedang melakukan rutin trapeze klasik di hadapan lebih 80 penonton yang terkejut menyaksikan insiden itu. Jeritan panik bergema dalam pertunjukan keluarga tersebut sebelum pegawai perubatan dan polis bergegas ke lokasi. Marina disahkan meninggal dunia di tempat…