BANGKOK: Parti Demokrat memutuskan semua ahli Parlimennya akan berkecuali dalam undian pemilihan Perdana Menteri Thailand ke-32 yang sedang berlansung.
Timbalan Presiden Parti Demokrat merangkap Ahli Parlimen Prachuap Khiri Khan, Pramual Pongthavaradet, mempengerusikan mesyuarat di Parlimen sekitar pukul 9.30 pagi (waktu tempatan) bagi menentukan pendirian parti itu terhadap undian pemilihan Perdana Menteri yang dijadualkan hari ini.
Dalam mesyuarat tersebut, ahli-ahli Demokrat mengadakan perbincangan panjang lebar dan bertukar pandangan mengenai isu tersebut.
Selepas perbincangan, parti itu mencapai kata sepakat semua ahli Parlimennya akan berkecuali daripada mengundi dalam pemilihan tersebut.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Wan Muhamad Noor Matha menetapkan hari ini sebagai hari undian selepas penolakan draf dekri diraja untuk membubarkan Dewan.
Perkembangan ini membuka jalan bagi pemilihan Perdana Menteri baharu, dengan pemimpin Parti Bhumjaithai (BPT), Anutin Charnvirakul mendahului pemilihan.
Parti lawannya, Pheu Thai, akan mencalonkan bekas Peguam Negara, Chaikasem Nitisiri.-AGENSI










