MADRID: Sebanyak 12 negara termasuk Britain, Perancis, Jepun, Arab Saudi dan Sepanyol mengumumkan penubuhan pakatan baharu bagi menyokong kewangan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang berdepan krisis kewangan serius selepas Israel menahan hasil cukainya. Kementerian Luar Sepanyol dalam kenyataan berkata, Pakatan Kecemasan bagi Kelestarian Kewangan Pihak Berkuasa Palestin dibentuk bagi menangani krisis kewangan mendesak dan belum pernah berlaku yang dihadapi PA. Pakatan itu bertujuan menstabilkan kewangan PA yang berpusat di Ramallah,…