MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 41 lagi cedera apabila sebuah kereta api kargo merempuh bas dua tingkat di kawasan tengah Mexico, menurut pihak berkuasa tempatan. Rakaman kamera keselamatan yang disiarkan media tempatan menunjukkan kereta api itu melanggar bas berkenaan ketika ia sedang melintasi landasan di Atlacomulco, kira-kira 100 kilometer di barat laut ibu kota Mexico City. Tiada palang keselamatan kelihatan dalam rakaman tersebut, yang turut menunjukkan kenderaan lain…