PARIS: Seramai 25 orang dijangkiti dan dua meninggal dunia akibat wabak listeria yang dikaitkan dengan produk keju lembut keluaran sebuah syarikat pengeluar dari Perancis. Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC), wabak berkenaan dipercayai berpunca daripada keju lembut berasaskan susu lembu dan kambing dipasteur keluaran syarikat Chavegrand. Produk berkenaan kini sedang ditarik balik dari pasaran, namun dijual di bawah pelbagai jenama komersial dan kesemua produk terbabit boleh dikenal pasti…