Trump pertimbang rancangan gagalkan Zohran Mamdani?

Trump pertimbang rancangan gagalkan Zohran Mamdani?

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mungkin mempertimbangkan langkah me­ngejut untuk menyekat kemaraan calon beragama Islam dari Parti Demokrat, Zohran Mamdani.

Menurut laporan The New York Times yang memetik lapan sumber dalaman, Trump kini berbincang secara tertutup dengan penasihat kanan dan pakar strategi politik, termasuk bekas Gabenor

Andrew Cuomo untuk menentukan sama ada beliau patut menyokong satu calon tunggal bagi menewaskan Mamdani dalam pilihan raya Datuk Bandar akan datang.

Mamdani, yang secara terbuka menentang Israel dan mengejutkan ramai apabila mengalahkan Cuomo dalam pemilihan utama Demokrat, mencetuskan ‘kegusaran’ apabila berikrar akan menangkap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu jika beliau menjejakkan kaki ke AS, sejajar dengan waran Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Trump yang lantang menyokong Israel, memberi amaran beliau tidak akan berdiam diri jika perkara itu berlaku.

Namun, ramai penganalisis berpendapat campur tangan seorang Datuk Bandar dalam isu sebegitu akan melangkaui bidang kuasa mereka.

Kini, nama Trump kembali menjadi buah mulut warga New York, bukan kerana kempen presiden, tetapi kerana percaturan politik bandaraya terbesar AS itu.

Antara calon yang dikatakan berpotensi menerima sokongan beliau ialah penyandang jawatan, Eric Adams, yang kini bertanding sebagai calon bebas.

Pada Julai lalu, Mamdani secara rasmi disahkan sebagai calon Demokrat untuk Datuk Bandar New York, menurut keputusan rasmi yang dikeluarkan.

Sosialis demokratik berusia 33 tahun itu menewaskan pesaing terdekatnya dengan kelebihan yang kukuh, memenangi 56 peratus berbanding Cuomo 44 peratus, dalam pengiraan undi pusingan ketiga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN