Tentera Thailand dakwa Kemboja guna penduduk awam ceroboh sempadan - Utusan Malaysia

Tentera Thailand dakwa Kemboja guna penduduk awam ceroboh sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SA KAEO: Tentera Diraja Thailand (RTA) mendakwa bahawa Kemboja sedang menggunakan penduduk awamnya untuk menceroboh wilayah Thailand di sempadan timur wilayah Sa Kaeo.

Jurucakap RTA, Mejar Jeneral Winthai Suvaree, berkata, rakyat Kemboja membina penempatan melebihi zon pelarian yang ditetapkan di Ban Nong Chan, dalam tambon Non Mak Mun, daerah Khok Sung, Sa Kaeo.

Beliau menjelaskan Thailand telah menubuhkan kawasan pelarian atas dasar kemanusiaan di lokasi tersebut untuk membantu rakyat Kemboja yang melarikan diri akibat konflik dalaman pada tahun 1977.

“Apabila konflik di Kemboja tamat, sebahagian pelarian enggan pulang. K

“Kerajaan Kemboja kemudian mendakwa kawasan itu adalah milik mereka dan menyokong rakyatnya untuk terus menetap di sana, sekaligus mengembangkan komuniti Kemboja lebih jauh ke dalam wilayah Thailand,” kata Mejar Jeneral Winthai.

Menurut beliau, Thailand telah membantah pencerobohan ini sejak 2014, tetapi tidak menerima maklum balas yang sewajarnya daripada pihak Kemboja.

“Kemboja mempunyai niat yang tidak ikhlas, dengan menggalakkan rakyatnya di kawasan sempadan untuk menceroboh tanah kedaulatan Thailand. Ini mungkin bertujuan mengelak konfrontasi secara langsung dengan tentera kita,” katanya.

Beliau turut mendakwa tindakan itu adalah hasil rancangan yang teratur, dan jika Thailand bertindak balas, Kemboja mungkin akan memutarbelitkan kejadian untuk memburukkan imej Thailand serta meraih simpati masyarakat antarabangsa, seperti yang didakwa telah berlaku sebelum ini.

“Bantuan kemanusiaan dan kemurahan hati Thailand terhadap jiran tidak seharusnya dimanipulasi oleh Kemboja untuk menjejaskan imej negara ini,” katanya.

Langkah Keselamatan Diperketat

Perdana Menteri sementara Thailand, Phumtham Wechayachai, berkata pada Isnin kemasukan rakyat Kemboja ke kawasan itu telah dihentikan kerana pihak tentera telah memasang pagar dawai berduri (concertina wire) di sepanjang kawasan terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN