LONDON: Perkataan popular dalam kalangan Generasi Z dan Alpha seperti ‘skibidi’, ‘delulu’ dan ‘tradwife’ kini dimasukkan ke dalam Kamus Cambridge edisi dalam talian. Menurut Cambridge University Press, sebanyak 6,000 entri baharu ditambah sepanjang tahun lalu, termasuk tradwife, gabungan perkataan isteri tradisional, mencerminkan trend kontroversi di Instagram dan TikTok yang merangkumi peranan jantina tradisional. Kamus itu turut mentakrifkan skibidi, istilah dipopularkan melalui meme dalam talian, sebagai perkataan dengan pelbagai maksud seperti…










