Rundingan pencemaran plastik PBB gagal

Rundingan pencemaran plastik PBB gagal

SEORANG remaja lelaki Afghanistan mengasingkan botol plastik yang boleh dikitar semula di Kabul. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Rundingan untuk me­meterai perjanjian bersejarah bagi memerangi pencemaran plastik pada Sabtu berdepan jalan buntu dengan perkembangan yang tidak memberangsangkan dan perbezaan pandangan ketara antara negara-negara mengenai skop perjanjian dicadangkan.

Perbincangan yang bermula Selasa lalu itu hanya berbaki empat hari bekerja untuk menghasilkan instrumen yang mengikat secara undang-undang bagi menangani masalah plastik yang semakin membelenggu alam sekitar.

Namun, dalam penilaian separuh penggal yang tegas, pengerusi rundingan memberi amaran kepada 184 negara yang berkumpul di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva bahawa kemajuan setakat ini jauh tersasar daripada landasan.

Sebahagian negara mencadangkan agar isu-isu yang terlalu jauh daripada kata sepakat digugurkan demi mempercepatkan proses. Namun, pihak lain mengkritik taktik tersebut dan menegaskan keperluan mencapai konsensus tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menggugurkan elemen penting yang lebih bermatlamat.

“Kemajuan yang dicapai setakat ini masih belum memadai.

“Kita kini berada di tahap kritikal yang memerlukan dorongan sebenar untuk mencapai matlamat bersama. 14 Ogos bukan sekadar tarikh akhir kerja kita, ia adalah tarikh kita mesti menyerahkan hasilnya,” kata diplomat Ecuador, Luis Vayas Valdivieso dalam ringkasan penilaiannya ketika para delegasi negara berkumpul di dewan persidangan bagi menilai perkembangan.

Rundingan ini kembali dilaksanakan pada tahun ini selepas kegagalan pusingan kelima yang sepatutnya menjadi penutup rundingan di Busan, Korea Selatan, pada 2024.

Selepas empat hari perbincangan, draf teks perjanjian berkembang kepada 35 muka surat dengan jumlah kurungan dalam teks meningkat lima kali ganda kepada 1,500, susulan kemasukan cadangan bercanggah daripada pelbagai negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN