SOUTH PADRE ISLAND: Syarikat penerokaan angkasa milik jutawan Elon Musk, SpaceX, menangguhkan ujian penerbangan roket mega Starship yang dijadualkan semalam selepas mengesan masalah teknikal pada sistem sokongan darat. Penangguhan itu sekali gus menjadi satu lagi kegagalan terbaharu dalam usaha roket terbesar dunia itu menguasai penerokaan angkasa lepas. Pelancaran roket gergasi setinggi 123 meter itu sepatutnya dilakukan dari fasiliti Starbase di selatan Texas pada pukul6.30 petang waktu tempatan, namun dibatalkan kira-kira…