Penduduk UK ada masalah gigi tidak boleh mohon jadi tentera - Utusan Malaysia

Penduduk UK ada masalah gigi tidak boleh mohon jadi tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Gigi rosak dan penyakit gusi kini menjadi antara faktor utama yang menghalang ratusan individu daripada menyertai Angkatan Tentera Britain.

Data baharu Kementerian Pertahanan mendedahkan dalam tempoh empat tahun lalu, 173 calon rekrut ditolak permohonan mereka semata-mata kerana masalah gigi, termasuk reput dan penyakit gusi.

Walaupun angka itu hanya sebahagian kecil daripada hampir 47,000 permohonan yang ditolak atas faktor kesihatan lain seperti masalah jantung, rabun jauh dan isu psikologi, pakar memberi amaran keadaan kesihatan mulut dalam kalangan anggota tentera adalah masalah yang semakin serius.

Malah, statistik kementerian pada Jun lalu menunjukkan sekitar 36,000 anggota tentera kini memerlukan rawatan gigi. Mereka dikategorikan dalam dua tahap iaitu Nato 2 yang memerlukan tampalan atau mengalami masalah gusi ringan (15,000 anggota).

Manakala, kategori Nato 3 dengan masalah lebih parah seperti penyakit gusi teruk, abses atau kerosakan gigi besar (11,000 anggota).

Dalam tempoh 12 bulan, jumlah anggota dari ketiga-tiga cabang angkatan tentera yang memerlukan rawatan gigi segera meningkat sebanyak 5,000 orang.

Kajian juga menunjukkan bahawa bagi setiap 1,000 tentera yang dihantar ke misi operasi, antara 100 hingga 150 anggota pasti memerlukan rawatan gigi.

Ketika di Afghanistan, ada kes di mana helikopter terpaksa dihantar ke pangkalan terpencil hanya untuk membawa tentera mendapatkan rawatan kecemasan di Camp Bastion.

British Dental Association turut menegaskan lebih ramai tentera terpaksa direhatkan akibat masalah gigi berbanding kecederaan tempur di Iraq dan Afghanistan.

Pakar kesihatan menyatakan salah daripada punca utama ialah latar belakang sosial rekrut, dengan ramai datang daripada keluarga berpendapatan rendah dengan pola pemakanan tidak sihat sekali gus meningkatkan risiko kerosakan gigi.

Kementerian Pertahanan menekankan kesihatan pergigian sangat penting untuk kesiapsiagaan tentera kerana anggota dengan masalah gigi serius tidak boleh dihantar ke operasi.

Risiko kerosakan yang bertambah buruk tanpa rawatan juga boleh melemahkan pasukan di lapangan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×