GAZA: Setiap pagi di Gaza, ibu muda, Rana Odeh terpaksa beratur lebih sejam di bawah terik matahari demi mendapatkan setong air yang keruh. Sejurus pulang ke khemahnya, Rana mengelap peluh di dahi lalu membahagikan air itu ke dalam botol kecil untuk dua anak kecilnya. Dari warna sahaja, Rana tahu air itu sangat tercemar, namun dahaga mereka sekeluarga mengatasi rasa takut akan penyakit. “Kami terpaksa memberikannya kepada anak-anak kerana tiada pilihan…