Misi pengaman PBB di Lubnan bakal tamat selepas 50 tahun beroperasi

Misi pengaman PBB di Lubnan bakal tamat selepas 50 tahun beroperasi

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) sebulat suara meluluskan resolusi menamatkan pasukan pengaman di selatan Lubnan menjelang hujung tahun depan, sekali gus akur kepada desakan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, Israel.

AS pada mulanya menuntut misi itu ditamatkan dalam tempoh enam bulan, sebelum bersetuju dengan lanjutan akhir selama setahun. Dalam undian itu, Washington menyokong mandat 16 bulan terakhir bagi pasukan berkenaan meneruskan operasi berhampiran sempadan Lubnan-Israel yang ditetapkan PBB.

Pasukan pengaman multinasional itu telah memainkan peranan penting memantau keselamatan di selatan Lubnan selama berdekad, termasuk ketika perang Israel-Hezbollah tahun lalu.

Namun, ia sering menerima kritikan kedua-dua pihak serta segelintir penggubal undang-undang AS, sebahagiannya kini memegang jawatan penting dalam pentadbiran Presiden Donald Trump atau berpengaruh di Rumah Putih.

Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) diwujudkan pada 1978 bagi memantau pengunduran tentera Israel selepas pencerobohan terhadap selatan Lubnan. Mandatnya kemudian diperluas selepas perang sebulan antara Israel dan Hezbollah pada 2006.

Resolusi terbaharu itu memberikan UNIFIL tempoh setahun bermula 31 Disember 2026 untuk mengundurkan kira-kira 10,800 anggota tentera, kakitangan awam serta semua kelengkapan PBB.

Sepanjang tempoh tersebut, UNIFIL hanya dibenarkan melaksanakan beberapa operasi terhad.

Dokumen itu menegaskan matlamat utama ialah menjadikan kerajaan Lubnan penyedia tunggal keselamatan di selatan negara itu, utara sempadan biru yang digariskan PBB, serta menggesa Israel berundur dari kawasan utara garisan berkenaan.

Pentadbiran Trump sebelum ini lantang mahu menamatkan misi UNIFIL secepat mungkin, selain melaksanakan pemotongan besar terhadap dana AS untuk operasi tersebut.

Washington berpendapat misi itu hanya membazirkan wang dan melambatkan usaha menyingkirkan pengaruh Hezbollah serta menyerahkan kawalan keselamatan penuh kepada tentera Lubnan.

Namun, kerajaan Lubnan menegaskan angkatan bersenjatanya masih belum bersedia sepenuhnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN