OSLO: Sebuah lubang benam (sinkhole) bersaiz ‘gergasi’ menelan sebahagian lebuh raya E6 dan landasan kereta api di Levanger, sebuah bandar kira-kira 500 kilometer di utara Oslo, mengorbankan seorang mangsa, menurut pihak berkuasa Norway pada hari Sabtu. Menurut kenyataan polis, seorang pekerja warganegara Denmark yang berada di lokasi ketika kejadian berlaku telah dilaporkan hilang dan disahkan maut. Lubang itu, yang dianggarkan berukuran beberapa puluh meter, merosakkan kedua-dua laluan lebuh raya utama…