GAZA: Israel berdepan kecaman antarabangsa selepas dua serangan berturut-turut terhadap Hospital Nasser di Khan Younis, Gaza pada Isnin mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang termasuk lima wartawan, empat petugas kesihatan dan anggota penyelamat. Kementerian Kesihatan Palestin berkata, serangan berganda dengan jarak hanya beberapa minit itu menyasarkan tingkat empat kompleks perubatan tersebut sebelum mengenai pasukan ambulans dan penyelamat yang tiba selepas serangan pertama. Antara wartawan yang terkorban ialah jurukamera Al Jazeera, Mohammad Salama;…