Jinping tidak akan tawan Taiwan selagi jadi Presiden China - Utusan Malaysia

Jinping tidak akan tawan Taiwan selagi jadi Presiden China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping, memberi jaminan Beijing tidak akan menyerang Taiwan sepanjang tempoh beliau memegang jawatan.

Perkara itu didedahkan Trump ketika ditemu bual dalam program Special Report oleh Fox News, menjelang rundingannya dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, berhubung pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

“Presiden Xi memberitahu saya, beliau tidak akan berbuat demikian (menyerang Taiwan) selagi saya menjadi Presiden,” kata Trump.

Menurut laporan, kedua-dua pemimpin tersebut mengadakan panggilan telefon pertama pada Jun lalu, selain satu lagi panggilan yang didedahkan pada April, namun tarikh perbincangan tidak dinyatakan secara jelas.

China menganggap Taiwan sebagai wilayahnya sendiri dan berikrar untuk ‘menyatukan semula’ pulau tersebut, termasuk melalui kekerasan jika perlu bagaimanapun, Taipei menolak tuntutan kedaulatan Beijing itu.

Kedutaan China di Washington dalam kenyataan menegaskan isu Taiwan adalah perkara paling penting dan sensitif dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara tersebut.

“Kerajaan AS perlu berpegang kepada prinsip Satu China serta tiga komunike bersama China-AS, mengendalikan isu Taiwan secara berhemah, dan benar-benar memelihara hubungan dua hala serta kestabilan di Selat Taiwan,” kata jurucakap kedutaan, Liu Pengyu.

Walaupun AS merupakan pembekal senjata utama dan sekutu antarabangsa terpenting Taiwan, Washington tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi dengan Taipei, sepertimana kebanyakan negara lain. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×