Bakteria pemakan daging penuhi pantai, sungai AS

Bakteria pemakan daging penuhi pantai, sungai AS

BAKTERIA Vibrio vulnificus dilapor memusnahkan tisu kulit sehingga menjadi hitam dan mati. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Ancaman bakteria pemakan daging di pantai dan sungai di Amerika Syarikat (AS) membimbangkan apabila jumlah kes jangkitan meningkat dengan kematian dilaporkan.

Bakteria Vibrio vulnificus memusnahkan tisu kulit sehingga menjadi hitam dan mati, keadaan yang dikenali sebagai necrotizing fasciitis sehingga pesakit memerlukan pembedahan panjang untuk membuang tisu mati atau amputasi anggota bagi menyelamatkan nyawa.

Dikesan di Pantai Teluk Mexico, bakteria itu kini merebak ke utara dan perairan luar pesisir Carolina Utara dengansejak 1 Januari lalu, negeri itu merekodkan 59 kes jangkitan dengan satu kematian.

Florida melaporkan 16 kes dengan lima kematian, manakala Louisiana mencatatkan 17 kes termasuk empat kematian, jauh lebih tinggi berbanding purata tahunan tujuh kes dan satu kematian dalam tempoh sedekad lalu.

Bakteria berbahaya itu hidup di kawasan air pesisir pantai dan perairan paya masin, serta boleh menjangkiti manusia melalui luka terbuka atau makanan laut mentah seperti tiram.

Jangkitan tersebut boleh menyebabkan sakit perut, jangkitan luka serius, malah keracunan darah yang mengancam nyawa.

Pakar kesihatan percaya peningkatan kes adalah akibat perubahan iklim yang memanaskan suhu air laut.

Vibrio vulnificus membiak pada suhu antara 20 hingga 35 darjah Celsius, yang kini lebih kerap berlaku akibat pemanasan global.

Fenomena ribut dan banjir turut mendorong bakteria ini memasuki perairan tawar.

Secara purata, bakteria itu membunuh 20 peratus pesakit, dengan kadar kematian mencecah 70 peratus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN