LONDON: Satu arus laut utama yang berperanan menghalang sebahagian kawasan dunia daripada membeku dilaporkan berisiko runtuh sepenuhnya dalam tempoh beberapa dekad akan datang, sekali gus mencetuskan kebimbangan saintis terhadap kesan buruk yang bakal dihadapi bumi. Menurut satu kajian terbaharu oleh pasukan penyelidik dari Belanda, Jerman dan Britain, arus Atlantik yang dikenali sebagai Atlantic Meridional Overturning Circulation (AMOC) berkemungkinan besar akan lumpuh sepenuhnya selepas tahun 2100 sekiranya pelepasan gas rumah hijau…