BAITULMUQADDIS: Menteri Warisan Israel, Amichai Eliyahu mencetuskan kontroversi apabila menyatakan Israel merancang membangunkan semula penempatan Yahudi di Semenanjung Gaza. “Kerajaan giat berusaha melupuskan Gaza dan syukur kepada Tuhan, kita sedang menghapuskan kejahatan ini. Seluruh Gaza akan menjadi milik Yahudi. “Kita tidak perlu risau tentang kebuluran di Gaza. Semuanya akan menjadi lebih baik selepas ini,” katanya dalam satu temu bual bersama stesen radio Kol Barama, pagi Khamis. Ketua pembangkang, Yair Lapid, mengecam kenyataan Eliyahu dengan menyifatkan kata-katanya sebagai serangan moral dan bencana propaganda. Menurut Lapid, Israel tidak akan dapat meyakinkan dunia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya