Trump dakwa Epstein ‘curi’ pekerja spa Mar-a-Lago

Trump dakwa Epstein ‘curi’ pekerja spa Mar-a-Lago

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, mendakwa pesalah seks, Jeffrey Epstein yang meninggal dunia dalam tahanan pada 2019 pernah bertindak ‘mencuri’ pekerja spa di pusat peranginan mewah miliknya di Mar-a-Lago.

Ia termasuk seorang wanita yang kemudian menjadi saksi pendakwaan utama dalam kes pemerdagangan seks melibatkan jutawan itu.

Trump memberitahu pemberita, staf yang diambil Epstein bekerja di bahagian spa Mar-a-Lago dan antara mereka ialah Virginia Giuffre, seorang bekas pekerja spa di resort Trump di Palm Beach.

Giuffre dalam keterangan saman fitnah terhadap rakan karib Epstein, Ghislaine Maxwell sebelum ini mendakwa dia dipaksa menjadi hamba seks kepada lelaki berpengaruh ketika masih remaja.

Antara individu yang disebut Giuffre dalam tuntutan mahkamah tersebut ialah Putera Andrew dari Britain, yang dikatakan turut terlibat namun menafikan dakwaan tersebut.

Giuffre yang meninggal dunia akibat bunuh diri pada April tahun ini merupakan satu-satunya individu yang dinamakan secara terbuka oleh Trump sejak mengisytiharkan sudah lama memutuskan hubungan dengan Epstein.

Trump berkata, beliau berbuat demikian selepas Epstein yang ketika itu sedang menunggu perbicaraan atas pertuduhan pemerdagangan seks sebelum ditemui mati dalam sel penjara pada 2019, mengambil pekerja dari perniagaan beliau.

Trump turut mengesahkan pada 29 Julai, sebahagian pekerja spa tersebut adalah wanita muda.

Pada mulanya, beliau enggan memberikan butiran lanjut ketika ditanya pemberita semasa penerbangan dari Scotland, dengan hanya berkata semua orang tahu siapa yang telah diambil.

Namun, beliau kemudian mengakui penglibatan wanita muda, apabila ditanya secara terus oleh wartawan.

“Mereka bekerja di spa. Saya ada spa yang hebat, antara yang terbaik di dunia di Mar-a-Lago dan mereka diambil dari spa itu, diambil bekerja olehnya (Epstein), maksud saya, hilang begitu saja,” jawab Trump apabila ditanya mengenai peranan mereka.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN