Thailand arah rakyat keluar dari Kemboja ekoran pertikaian terbaharu

Thailand arah rakyatnya keluar dari Kemboja ekoran pertikaian terbaharu

thailand
Gambar edaran yang diambil oleh Tentera Diraja Thai pada 23 Julai 2025 dan diperoleh pada 24 Julai 2025 menunjukkan seorang askar Thai yang cedera terpijak periuk api dibawa ke hospital di wilayah Ubon Ratchathani. Tentera Kemboja dan Thai berbalas tembakan dalam pusingan baharu pertempuran pada 24 Julai 2025, beberapa jam selepas kedua-dua pihak menghentikan hubungan diplomatik dalam perbalahan yang semakin memuncak berhubung sempadan yang dipertikaikan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kedutaan Thailand di Phnom Penh pada Khamis menggesa rakyatnya meninggalkan Kemboja ketika tentera kedua-dua negara bertempur di kawasan sempadan yang dipertikaikan.

Kedutaan itu berkata dalam catatan DI Facebook bahawa rakyat Thailand harus meninggalkan Kemboja “secepat mungkin” melainkan mereka mempunyai sebab mendesak untuk kekal.

Dalam perkembangan terbaharu, dilaporkan tiga orang awam Thailand cedera disebabkan serangan roket Kemboja. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN