Syarikat penerbangan Sepanyol nafi keluarkan penumpang Yahudi - Utusan Malaysia

Syarikat penerbangan Sepanyol nafi keluarkan penumpang Yahudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Sebuah syarikat penerbangan Sepanyol, Vueling, menafikan dakwaan bahawa penyingkiran sekumpulan penumpang dari pesawat yang berlepas dari Valencia ke Paris pada Rabu adalah berpunca daripada latar belakang agama mereka.

Menurut pihak berkuasa Sepanyol dan syarikat penerbangan itu pada Khamis, beberapa dozen penumpang warga Perancis termasuk 44 remaja dan lapan orang dewasa telah diarahkan turun dari penerbangan V8166 kerana berkelakuan buruk.

Beberapa media Israel melaporkan bahawa pelajar itersebut beragama Yahudi dan mendakwa insiden itu bermotifkan diskriminasi agama.

Seorang menteri Israel turut mengulang dakwaan tersebut di media sosial.

Bagaimanapun, Pengawal Awam Sepanyol mengesahkan bahawa kesemua penumpang terbabit adalah warganegara Perancis dan anggota mereka yang terlibat tidak mengetahui latar belakang agama kumpulan itu.

Jurucakap Vueling pula menjelaskan bahawa remaja berkenaan telah beberapa kali mengganggu peralatan kecemasan pesawat dan mencelah ketika taklimat keselamatan dijalankan oleh kru kabin.

“Sekumpulan penumpang menunjukkan tingkah laku yang amat mengganggu serta bersikap konfrontasi, sekali gus membahayakan keselamatan penerbangan.

“Kami menafikan sekeras-kerasnya tindakan kru kami ada kaitan dengan agama penumpang yang terlibat,” kata kenyataan syarikat itu.

Menurut jurucakap Pengawal Awam, kapten pesawat telah membuat keputusan untuk mengarahkan penyingkiran remaja itu dari pesawat di Lapangan Terbang Manises, Valencia, setelah mereka terus-menerus mengingkari arahan kru.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN